SYARAT DAN TERMA PENYERTAAN
PAMERAN REKA CIPTA, PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PRPI) 2014

Penyertaan Pertandingan

  1. Penyertaan terbuka kepada penyelidik (Pensyarah, Felo Penyelidik, Pelajar Pasca Doktoral dan Pegawai Penyelidik) UPM.
  2. Hanya projek penyelidikan baharu yang tidak pernah dipertandingkan di mana-mana pameran peringkat kebangsaan dan antarabangsa dibenarkan menyertai pameran ini.
  3. Penyertaan hanya terbuka kepada projek penyelidikan yang telah :
    • diterbitkan di dalam jurnal indeks petikan atau jurnal indeks bukan petikan yang berkaitan dengan projek yang dipertandingkan; atau
    • mempunyai status dan jenis perlindungan harta intelek yang berkaitan dengan projek yang dipertandingkan seperti paten, proses paten, copyright, industrial design, trade secret, trademark.
  4. Setiap projek penyelidikan hanya dibenarkan menyertai satu kategori pertandingan sahaja.
  5. Permohonan penyertaan dibuka pada 16 Ogos 2016 dan ditutup pada 16 September 2016.
  6. Permohonan penyertaan adalah melalui borang manual yang boleh dimuat turun di laman webPusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) http://www.rmc.upm.edu.my/muatturun dan melalui Pejabat Timbalan Dekan/PengarahPenyelidikan di PTJ masing-masing
  7. Penyertaan penyelidik akan disahkan selepas saringan oleh Jawatankuasa Penyertaan dan Saringan dan bayaran yuran penyertaan dijelaskan. Penyertaan adalah terhad kepada 200 penyertaan sahaja.
  8. Peserta tidak dibenarkan menarik diri dari penyertaan seminggu sebelum tarikh pertandingan dan yuran penyertaan tidak akan dikembalikan.

Yuran Penyertaan

  1. Kadar yuran penyertaan pertandingan adalah sebanyak RM200/penyertaan.

Penghakiman Pertandingan

  1. Setiap penyertaan akan diadili oleh satu jemaah hakim bagi setiap kluster untuk melayakkan mereka (mengikut merit yang ditentukan) dianugerahkan dengan pingat emas, perak atau gangsa. Jumlah pingat adalah tidak terhad.
  2. Setiap penyelidik atau wakil dikehendaki berada di booth setiap masa di sepanjang waktu pameran berlangsung. Kegagalan menghadirkan diri terutama pada masa penghakiman boleh menyebabkan kegagalan memenangi sebarang pingat.
  3. Keputusan jemaah hakim adalah muktamad.